Thursday, September 8, 2011

Koleksi Jubah


Jubah potongan moden di serikan dengan taburan batu kristal dan sulaman ringkas. Batu kristal dan manik yang terletak di tengah-tengah fabrik sifon ini memberi impak dan karakter yang berbeza. Bagi pemakai, fabrik jubah ini akan mengikut dan terletak pada badan kerana berat manik-manik kristal ini memberikan fabrik tersebut lebih berat. Penggunaan sifon dua tona juga memberikan sedikit impak kepada jubah ini dengan menampakkan bentuk badan 3 demensi.


Taburan manik kristal secara memanjang kebawah memberi impak yang menarik kepada orang yang melihat pakaian ini kerana ia mampu memberikan ilusi pemakainya yang mempunyai ketinggian.


Detail susunan pelbagai bentuk dan jenis batu kristal memberi gaya yang cukup elegan dan pastinya akan menarik perhatian orang dengan kilauan percikan kristal bermutu tinggi.




Sunday, August 28, 2011

Manik dengan batu kristal & labuchi






Sesuatu yang simple lagi elegen bila mengenakan pakaian fabrik nipis ala kasa rubia ini. Fabrik dari India dengan corak bulat memberi impak yang cukup padat kepada di pemakaianya. Rekaan baju kurung simple ini di serikan dengan manik daripada baru kristal dan labuchi memberi kesan yang cukup elegen. Walaupun corak pada pakaian ini nampak padat namun harus di diingat elemat batu kristal bulat juga di pilih bagi memberi kesinambungan kepada fabrik baju ini.

Manik yang ada di leher ini agak berat dan membuatkan lengkungan baju pada leher terletak pada bada si pemakai.