Thursday, September 8, 2011

Koleksi Jubah


Jubah potongan moden di serikan dengan taburan batu kristal dan sulaman ringkas. Batu kristal dan manik yang terletak di tengah-tengah fabrik sifon ini memberi impak dan karakter yang berbeza. Bagi pemakai, fabrik jubah ini akan mengikut dan terletak pada badan kerana berat manik-manik kristal ini memberikan fabrik tersebut lebih berat. Penggunaan sifon dua tona juga memberikan sedikit impak kepada jubah ini dengan menampakkan bentuk badan 3 demensi.


Taburan manik kristal secara memanjang kebawah memberi impak yang menarik kepada orang yang melihat pakaian ini kerana ia mampu memberikan ilusi pemakainya yang mempunyai ketinggian.


Detail susunan pelbagai bentuk dan jenis batu kristal memberi gaya yang cukup elegan dan pastinya akan menarik perhatian orang dengan kilauan percikan kristal bermutu tinggi.




No comments:

Post a Comment